Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: POLIS TAHAN PENIAGA SAYUR, TUMPAS KUMPULAN TIGER

Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 - Polis menumpaskan kumpulan Tiger yang aktif dalam pelbagai kegiatan jenayah sejak 2009 selepas penahanan seorang peniaga sayur dipercayai ahli terakhir kumpulan itu, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata suspek berumur 35 tahun merupakan adik kepada suspek yang ditembak mati dalam serbuan pada malam 18 Jun lepas di Salak Selatan, di sini.

Beliau berkata suspek warga tempatan itu ditahan di Kampung Tumbok di Tanjung Sepat, Selangor.

"Penahanan itu telah memaksa suspek mendedahkan maklumat penyimpanan senjata api jenis Colt M-4 yang telah dipisahkan di dalam sebuah paip PVC di sebuah reban ayam di kampung berkenaan.

“Turut ditemukan di dalam paip berukuran 150 mm x 94 cm itu ialah dua kelopak dan 69 butir peluru jenis 5.6 mm,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS