Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS KELANTAN RAMPAS PIL KUDA BERNILAI RM2.52 JUTA

Kota Bharu, 29 Jun 2022 - Polis Kelantan merampas 252,000 biji pil kuda bernilai RM2.52 juta melalui dua serbuan berasingan di daerah ini serta Bachok, kelmarin. Serbuan pertama dilakukan di kawasan parkir sebuah kedai makan di Kampung Jelujok Banggu, di sini, kira-kira jam 3 petang, di mana tiga lelaki berusia 27 hingga 33 tahun ditahan.

Mengulas serbuan itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian anggota bertugas mendekati dua suspek yang menaiki kereta jenis Honda Jazz, yang ketika itu sedang berurusan dengan lelaki lain berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Icon.

Katanya, sebaik memperkenalkan diri sebagai anggota polis, pihaknya membuat pemeriksaan pada kenderaan dan menemui satu kotak berisi 14 bungkusan plastik, yang mana di dalamnya mengandungi pil kemerahan dipercayai dadah jenis pil kuda.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 28 Jun sehingga 4 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis Methampethamine, manakala seorang daripadanya memiliki rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kelantan-rampas-pil...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS