Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PRESIDEN PARTI POLITIK DITUDUH DALANG 'KAD KEBAL'

Kuala Lumpur, 30 Jun 2022 - Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohd Arshad Abdul Mualap dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan 'kad kebal' kepada warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Penggunaan 'kad kebal' itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor menahan Mohd Arshad, 48 tahun, serta seorang lagi individu, Mohamad Amkah Ahmad, 46 tahun, di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Kad perlindungan itu dijual dengan harga RM400 hingga RM1,000 kepada mana-mana warga asing.

Sindiket itu yang beroperasi sejak awal tahun ini, akan mengeluarkan kad yang mempunyai kod imbasan QR berserta maklumat dan data serta borang permohonan kewarganegaraan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media hari ini berkata, sindiket menjanjikan kepada mangsa bahawa pemilik kad akan menerima kelebihan seperti pendidikan dan perubatan sama seperti warganegara.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../presiden-parti-politik...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS