Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: POLIS SAHKAN TIADA BANDUAN LARI DARI PENJARA

Melaka, 28 Julai 2022 - Dakwaan yang tular mengatakan 30 banduan berjaya melarikan diri dari penjara Sungai Udang, di sini hari ini, adalah palsu.

Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, perkara itu juga telah disahkan oleh Penguasa Penjara, Superintenden Mohd Saizi Ibrahim.

“Sehubungan itu, anggota Penjara Sungai Udang juga akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular yang mengatakan 30 banduan mereka berjaya melarikan diri.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang hanya boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette di sini malam ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://malaysiagazette.com/.../mana-ada-30-banduan-lari.../


WhatsApp-Image-2022-07-28-at-8
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS