Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN, TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN BACAAN YASIN, TAHLIL SERTA DOA SELAMAT HARI PAHLAWAN 2022

Kuala Lumpur, 29 Julai 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi hadir mengimarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Selamat Hari Pahlawan Tahun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

Kedua-dua pucuk pimpinan Pasukan itu kemudiannya bersama-sama dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, menyambut ketibaan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Majlis tadi dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat Hari Pahlawan Tahun 2022, diikuti bacaan doa akhir tahun 1443 Hijrah serta doa awal tahun 1444 Hijrah.

Ia kemudiannya diteruskan dengan sembah ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Hj. Idris Hj. Ahmad dan titah diraja sebelum pengumuman Tokoh Maal Hijrah 1444 Hijrah/2022 Masihi.

Pada tahun ini, Tan Sri Othman Mustapha dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, manakala Okhna Datuk Dr. Othsman Hassan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1444 Hijrah/2022 Masihi.

Hadir sama, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 9 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 13 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 4 people, people sitting, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS