Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN SERTAI “BERJALAN TEGUH BERSAMA” TANDA SOKONGAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN JALUR GEMILANG 2022

Putrajaya, 30 Julai 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan sokongan kepada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2022 dengan menyertai aktiviti berjalan kaki, “Berjalan Teguh Bersama” sejauh 2.7 kilometer, di sini, pagi tadi.

Aktiviti yang bermula dari Dataran Putra itu turut disertai Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa bersama lebih 10,000 Keluarga Malaysia termasuk penjawat awam, pekerja swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Seramai 120 peserta dalam kalangan warga agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk daripada Polis Diraja Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan berpakaian serba merah.

Pelepasan peserta pada tepat jam 7.45 pagi tadi telah melalui beberapa “check point” iaitu Bulatan Kementerian Wilayah Persekutuan, Monumen Alaf Baru dan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia sebelum menuju ke lokasi penamat di Istana Kehakiman.

Seusai aktiviti, program diteruskan dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2022 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kira-kira jam 10 pagi.

Hadir sama mengiringi KPN, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato' Sri Azri Ahmad.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 4 people, child, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, child, people standing, people walking and street

May be an image of 9 people, people sitting, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, people playing musical instruments, cymbal, outdoors and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 2 people

May be an image of 11 people, people standing and text

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people, people sitting and people standing

May be an image of 8 people, child, people standing, people walking and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS