Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Sokongan Syaiful Aizuddin Abd Halim yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Kampung Dato Harun, Serendah, Hulu
Selangor ketika dalam perjalanan melaksanakan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, pagi tadi.
Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa, IPD Hulu Selangor, Selangor dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 3 tahun.
Didoakan agar roh Konstabel Sokongan Syaiful Aizuddin dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30082022