Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [ARTIKEL PILIHAN] SCAM ALERT: PELAJAR, BELIA DIJANGKA JADI SASARAN BAHARU “SCAMMER” - KPN

Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Golongan pelajar dan belia dijangka menjadi sasaran baharu sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”, terutama membabitkan urusan pinjaman wang serta keldai akaun, dengan menggunakan pelbagai modus operandi jenayah siber pada masa depan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi perubahan teknologi dan kreatif menjerat mangsa, menjadi antara punca peningkatan kes jenayah itu.

Selain itu, beliau berkata, kesedaran masyarakat yang masih pada tahap sederhana mengenai jenayah siber, turut menyumbang kepada gejala berkenaan.

"Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat wujudnya keperluan untuk menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah itu.

"Ini kerana jenayah kewangan boleh membawa impak negatif kepada mangsa dan menyebabkan lambakan kes jenayah membabitkan keldai akaun akibat akaun bank yang disalahgunakan bagi tujuan penipuan.

"Malah, kegiatan jenayah kewangan sebegini turut memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan negara, termasuk menggugat kemajuan ekonomi," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pelajar-belia-dijangka...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS