Berita

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPD BATU PAHAT BANTU BERSIHKAN POKOK TUMBANG

Sarjan Mejar Baharudin Embong, Sarjan Arifin Atan dan Koperal Rosli Ibrahim dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membantu membersih dan mengalihkan beberapa batang pokok yang tumbang di atas jalan akibat hujan lebat di Kampung Bukit Kelicap dan Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor, semalam.

Kerja-kerja pembersihan turut dibantu oleh penduduk kampung bagi membolehkan jalan tersebut selamat digunakan semula.


May be an image of 1 person, palm trees and outdoors

May be an image of 1 person, tree and outdoors

May be an image of 1 person, tree and outdoors

May be an image of 1 person, standing, tree and road
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS