Berita

KPN RASMIKAN CAWANGAN PERTAMA AR RAHNU KOPERASI PDRM

Shah Alam, 27 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua (YDP) Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad hadir merasmikan cawangan pertama Ar Rahnu koperasi itu di Seksyen 9, di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Acryl Sani berbangga dengan pencapaian Koperasi PDRM hingga berjaya mewujudkan Ar Rahnu sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan serta produk koperasi, sekali gus memberikan pulangan terbaik demi manfaat seluruh ahli anggotanya.

Tambahnya, selain di Shah Alam, dua lagi cawangan Ar Rahnu telah dibuka di Taman Sri Gombak dan Sungai Besi, Kuala Lumpur, manakala cawangan keempat bakal beroperasi pada pertengahan November nanti di Bangi.

“Besarlah harapan saya agar Koperasi PDRM akan terus mengorak langkah menepati sasaran pembukaan 10 cawangan Ar Rahnu di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2025,” ucap beliau.

Turut berlangsung dalam majlis tadi adalah penyerahan wakalah zakat sebanyak RM218,723.50 kepada warga Pasukan yang akan diagihkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA JIPS PDRM, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM mengikut kategori serta kelayakan yang ditetapkan.

Pemberian zakat tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan koperasi dalam membantu ahli-ahlinya yang memerlukan.

Hadir sama, Pengerusi Koperasi PDRM Berhad, Dato’ Hasanuddin Hassan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan, Tuan Jaafar Ahmad, Setiausaha Koperasi PDRM Berhad, Dato’ Abdul Basir Ahmad, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed.
 
 


Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 9 people, people standing and text

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 11 people and people sitting

May be an image of 1 person and text that says 'MAJLIS PERASMIAN CAWANGA AMA AR-I DAN PE WAKAL EMAS ANDA LAMAT DAN SYARIAH ISLAM NU KPDRM RRUQ YAAN SEHINGGA HINGGA AN SEHINGGA ΝΑΙ SEGERA TAKAFUL 27SET 27 SET ANGAN KEMAS, DINAR* SKIM SIMPANAN H RM0.50 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD'

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎الرقي DIBUKA! KINI KAT LASA) MAJLIS PE CAWANGAN AR-RA DAN PENYE WAKALAH NAIKAN EMAS ANDA PAT, SELAMAT DAN DASKAN SYARIAH ISLAM RAH NU KPDRM PAWARRUQ PEMB AYAAN SEHINGGA EMBIAYAANSEHINGGA AAN SEHINGGA 000* RM DAHAN TUNAI SEGERA DUNGI OLEH TAKAFUL 27 SEPT RIMA BARANGAN KEMAS BAR BARDAN DINAR* SKIM SIMPANAN KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD‎'‎‎

May be an image of 8 people, people standing and military uniform

May be an image of 1 person, standing and text that says 'CAWANGAN PERTAMA AR RAHNU KPDRM DAN PENYERAHAN WAKALAH ZAKAT 27 SEPTEMBER 2022 (SELASA) @HA AGMLIKPDRM 文 PDRM'

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 6 people, office and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 12 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS