Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: TAKLIMAT PERSIAPAN PRU KE-15 KONTINJEN KEDAH KEPADA KPN

Alor Setar, 29 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Kontinjen Kedah bagi mendengar taklimat persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 peringkat Kontinjen Kedah.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama tadi telah disampaikan oleh Urus Setia PRU Kontinjen Kedah, ACP Muhammed Rizal Kamarudin bersama barisan ketua jabatan yang terlibat.

Hadir sama dalam sesi taklimat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah.

Sumber: Polis Kedah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS