Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PRU15: PDRM KENAL PASTI KURANG DARIPADA 100 KAWASAN ‘HOTSPOT’

Muar, 30 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kurang daripada 100 kawasan berstatus ‘hotspot’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, penugasan pegawai dan anggota telah dibuat untuk ditempatkan di kesemua kawasan tersebut.

"Melalui risikan daripada polis daerah, kita tahu beberapa kawasan agak hangat dari segi kempen, sentimen emosi dan seumpamanya. Kita sudah kenal pasti dan membuat penugasan sewajarnya untuk berusaha meredakan suhu apabila kempen tiba kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Tiger Platoon Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batalion 6 PGA di sini hari ini.

Katanya seorang anggota polis akan ditempatkan di setiap saluran mengundi yang melibatkan lebih 38,000 saluran, selain anggota dan pegawai untuk tugasan kawalan rondaan.

"Kesemua mereka akan bertugas bermula hari penamaan calon, masa berkempen bagi memastikan tiada unsur mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.

Tan Sri Acryl Sani turut mengingatkan mereka yang terlibat dengan kempen pilihan raya supaya berhemah dan tertib, mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS