Segamat, 27 November 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass merasmikan Dewan Pengarah Pengurusan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.
Dewan terbuka tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Dewan Sri Jebat telah dinamakan semula dan dijadikan tempat aktiviti-aktiviti sukan seperti futsal dan bola jaring.
Datuk Zaini yang hadir bersama isteri, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan telah dipertontonkan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan seni mempertahankan diri dan pertandingan bola tampar.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman dan SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Komandan PULAPOL Segamat, SAC Sulaiman Hussain dan barisan Komandan Maktab PDRM.