Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM TERIMA SUMBANGAN PERALATAN ICT DARIPADA HSI


Kuala Lumpur, 29 November 2022 – Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan Jenayah telah menerima sumbangan peralatan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) terkini daripada Homeland Security Investigations (HSI) di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Attache HSI, Department of Homeland Security, Malaysia, Mr. Craig Dickhaus kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan bertempat di Pusat Temuduga Kanak-kanak, Bukit Aman.

HSI berkolaborasi bersama International Narcotics and Law Enforcement Agency (INL) memberi sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan untuk memperkasakan kecekapan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) dalam menangani Jenayah Eksploitasi Seksual secara atas talian terhadap kanak-kanak khususnya kesalahan “Online Child Pornografi”.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Abd Jalil berkata, PDRM peka dengan jenayah pada masa kini yang mudah tersebar luas dengan pantas dan tiada batas sempadan serta mudah didapati menerusi capaian di internet. Ia akan mengakibatkan trauma yang teruk kepada mangsa seumur hidup.

“Adalah menjadi tanggunggjawab kita bersama untuk memerangi dan mencegah jenayah terutamanya yang melibatkan kanak-kanak selain berusaha sehabis baik menjadikan rantau ini tempat yang lebih selamat,” kata beliau.

Dato’ Sri Abd Jalil turut menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak HSI dan INL atas kerjasama dan sokongan yang berterusan kepada PDRM dalam usaha memerangi jenayah yang berkembang seiring dengan teknologi moden.

Antara peralatan yang diterima ialah Logitech Group Video Conferencing System, Logitech Group Expansion Microphone, Apple 12.9-inch iPad Pro, dan GoPro Hero9.

Hadir sama, Special Agent of HSI/DHS in Malaysia, Ms. Jared T Harada, Regional (Southeast Asia) Law Enforcement Coordinator INL, Mr. Daniel Abram Lamm, Foreign Official (Investigations) for HSI/DHS Malaysia, Mr. Ravindran Selvaraj, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJ Bukit Aman, DCP Dato’ Hussein Omar Khan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan dan barisan Ketua Penolong Pengarah, JSJ Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of indoor

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 5 people and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people

No photo description available.

May be an image of 3 people and people standing

No photo description available.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS