Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ISU TULAR] ARTIKEL PILIHAN: PELAKON DITAHAN PANDU MELULU DI MRR2

Kuala Lumpur, 29 Disember 2022 - Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang kelmarin.

Rakaman video yang tular menunjukkan kenderaan dipercayai dipandu pelakon sambilan berusia 30-an itu, dikendali dalam keadaan berbahaya di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, pemandu Perodua Myvi itu dikesan menukar lorong secara melulu sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan.

"Akibat tindakan itu, pemandu Perodua Myvi terbabit terlanggar sisi kiri sebuah Toyota Innova.

"Pelanggaran menyebabkan penumpang hadapan Myvi berkenaan tercampak dari kenderaan ke jalan raya dan cedera ringan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pelakon-ditahan-pandu...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS