Kuala Lumpur, 31 Disember 2022 - Sempena Hari Ulang Tahun Unit Tindakhas (UTK) ke-48 satu Majlis Doa Selamat telah diadakan di Masjid Bukit Aman, di sini petang tadi.
Majlis anjuran UTK itu, telah dihadiri oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA, Datin' Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid.
Ketibaan Dato' Sri Hazani Ghazali bersama isteri telah disambut oleh Komander UTK, SAC Mohd Suzrin Mohamad Rodhi bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP UTK, Puan Syamson Syuhaila Razali sebelum dibawa masuk ke Dewan Utama Masjid Bukit Aman.
Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang diadakan telah dipimpin oleh Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri Wan Mohd Azlan dan Koperal Mohd Faaizuun Abdul Salam.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada anak istimewa dan cemerlang warga UTK serta penyampaian sijil penghargaan kepada warga UTK yang terlibat pada Hari Kebangsaan Tahun 2022.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin dan warga UTK yang terlibat.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.





























































