Kluang, 28 Januari 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah turun padang untuk melihat dan meninjau sendiri kawasan terjejas banjir di daerah Kluang, Johor.
Ketibaan beliau di Balai Polis Kahang, Ibu Pejabat
Polis Daerah Kluang telah disambut oleh Ketua
Polis negeri, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat sebelum mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah berkenaan oleh Ketua Polis Daerah, ACP Bahrin Mohd Noh.