Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MCPF

Kuala Lumpur, 30 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation) Daerah Ipoh, Perak yang diketuai pengerusinya, Encik Henry Choong Foh Kuan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim bersama Polis Diraja Malaysia selain membincangkan aktiviti-aktiviti berkenaan pencegahan jenayah khususnya bagi daerah Ipoh.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM), CP Dato' Aidi Ismail dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 6 people, people sitting, people standing and indoor


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS