Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP SELAMAT 19: TIMBALAN KPN UMUM KONTINJEN KL DAN JBS TERBAIK PADA TAHUN BAHARU CINA 2023

Cheras, 31 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengumumkan Kontinjen Kuala Lumpur dan Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) sebagai terbaik dalam Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina 2023 yang melabuhkan tirainya pada 27 Januari lalu.

Kontinjen Kuala Lumpur (Polis KL) yang diketuai CP Dato' Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah JBS, ACP Raub Selamat, masing-masing menerima pengiktirafan Pasukan apabila berjaya mengekalkan keselamatan serta memberikan komitmen terbaik kepada masyarakat sepanjang operasi berlangsung.

Berucap dalam Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur di sini, Tan Sri Razarudin menzahirkan harapannya agar pengiktirafan yang diberikan kepada kontinjen dan daerah terbaik dapat menjadi pemangkin untuk menaikkan lagi semangat kerja warga Pasukan.

"Besarlah juga harapan saya, supaya komitmen yang diberikan ini bukan sahaja tertumpu pada musim perayaan, tetapi secara konsisten pada setiap masa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

"Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada kontinjen dan daerah terbaik, yang akan diumumkan sebentar lagi!", ujar beliau.

Dalam majlis tersebut juga menyaksikan Kontinjen Pulau Pinang dan Daerah Kota Tinggi mencatatkan tempat kedua terbaik, manakala Kontinjen Johor serta Daerah Johor Bahru Utara pula di tempat ketiga.
Kesemua ketua polis dan ketua polis daerah yang terlibat menerima cenderahati dan sijil penghargaan daripada pucuk pimpinan Pasukan.

Turut berlangsung ialah penyampaian sijil penghargaan kepada barisan rakan strategik PDRM yang telah menjayakan Op Selamat 19 dan anugerah khas kepada seorang anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam serta dua anggota BSPT IPD Bachok yang telah mempamerkan sikap bertanggungjawab dan ihsan tinggi membantu orang awam ke hospital sejauh 20 kilometer.

 Said yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas pada 25 Januari lalu dan Lans Koperal Muhammad Najmi Daud serta Lans Koperal Mohammad Rizwan Razali kerana cemerlang sewaktu bertugas.

Hadir sama dalam majlis tersebut, barisan Pengarah PDRM, Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Lokman Jamaan, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, barisan Ketua Polis Negeri, barisan Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia, Pegawai PLUS dan rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and military uniform

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 12 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS