Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

440 PELATIH KONSTABEL LELAKI SIRI 6/2022 PULAPOL KUCHING TAMAT LATIHAN PLAK

Kuching, 25 Februari 2023 – Seramai 440 pelatih Konstabel Lelaki Siri 6/2022 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) mereka, hari ini.

Majlis penutup tamat latihan yang berlangsung di Dataran Kawad PULAPOL Kuching, di sini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain yang diiringi isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman dan Komandan PULAPOL Kuching, SAC Razali Mohamad.

Dalam majlis yang berlangsung dengan penuh adat istiadat kepolisan itu menyaksikan Konstabel Muhammad Syuib Ibrahim dianugerahkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan manakala Konstabel Aidil Fitri Ibrahim dan Konstabel Mohamad Ezwan Misri pula, masing-masing menerima Anugerah Pelatih Terbaik Akademik serta Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Razarudin berkongsi rasa bangganya tentang minat dan iltizam yang ditunjukkan oleh generasi muda masa kini terhadap profesion kepolisan.

“Saya juga amat bangga apabila dimaklumkan bahawa seramai 25 pelatih PLAK Konstabel siri ini memiliki segulung ijazah manakala 138 pelatih pula merupakan lepasan diploma. Ini membuktikan bahawa tahap akademik bukanlah kayu pengukur untuk memohon sesuatu kerjaya, tetapi minat dan keazaman yang kental mengatasi segalanya.

"Saya berharap para pelatih sekalian sentiasa percaya pada kemampuan diri dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing demi pembangunan kerjaya dalam Pasukan, Insya-Allah.” ujarnya.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri dan isteri, Datin Nassariah Mohd Nasir, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato’ Mancha Anak Ata.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 7 people, people sitting, people standing, headscarf and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people sitting and headscarf
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS