Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR KE SESI BICARA TOKOH SEMPENA FESTIVAL BUKU LANGKAWI 2023

 
Langkawi, 26 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke sesi bicara tokoh bersempena Festival Buku Langkawi 2023 di Langkawi Fair Shopping Mall, di sini, hari ini.

Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah yang berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Februari 2023 itu telah menjemput beliau untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Jenayah dan Keselamatan Komuniti".

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, ACP Mohd Taufik Maidin, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, Ketua Sektor Pengurusan dan Perancangan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Puan Norfardilla Mohd Nor dan Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Puan Norshahila Hashim.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS