Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: DUA LAGI BATALION PGA BAKAL DIWUJUDKAN DI SABAH - KPN

Kota Kinabalu, 28 Februari 2023 - Sebanyak dua lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal diwujudkan di Sabah iaitu Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau berkata penambahan dua batalion itu, menjadikan Sabah bakal mempunyai tujuh batalion PGA secara keseluruhan dengan lima sedia ada iaitu Batalion 14 Tawau, Batalion Sandakan, Batalion 16 Kinarut, Batalion 17 PGA Lahad Datu dan Batalion 20 PGA Beluran.

Beliau berkata demi memperkukuh serta memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara, Polis Diraja Malaysia kini sedang giat membangunkan satu lagi pos baharu PGA iaitu Pos Pangalungan di Nabawan.
“Saya yakin, dengan adanya penambahan pos dan batalion berkenaan, akan dapat mempertingkatkan lagi mutu kawalan keselamatan terutamanya di kawasan sempadan, bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, selain turut menghalang jenayah rentas sempadan,” katanya di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2168620

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS