Kota Kinabalu, 1 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Sabah International Convention Centre (SICC) bersempena Majlis Amanat Perdana Menteri (PM) Bersama Penjawat Awam dan Persekutuan di Sabah.
Tan Sri Acryl Sani yang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, tiba di SICC kira-kira jam 3.30 semalam.
Turut bersama beliau sebagai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah Pesuruhjaya
Polis Sabah, CP Datuk Idris Abdullah bersama timbalannya, DCP Dato' Jauteh Dikun, barisan Ketua Jabatan IPK Sabah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.
Dalam majlis itu, PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan amanatnya di hadapan hampir 3,000 penjawat awam dan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Turut hadir ke majlis tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor, Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan barisan Menteri kabinet Kerajaan Negeri Sabah.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Koperal Mohamad Shazril Abdul Rashid