Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ISU TULAR: PENAFIAN AKAUN TIKTOK MILIK PENGARAH JSJN

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menafikan akaun Tiktok @datukayub8 adalah milik Pengarah JSJN, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Akaun palsu tersebut menggunakan nama dan gambar Datuk Seri Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun tersebut dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi tepat serta sahih.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS