Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN, ISTERI RAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI TPM DI SRI SATRIA

 
 
Putrajaya, 30 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, hari ini meraikan Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasmi TPM dekat Sri Satria, di sini.

Majlis yang bermula jam 4 petang sehingga 10.30 malam akan memberi peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra bersama pemimpin negara itu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ribuan rakyat jelata.

Hadir sama, barisan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, para kenamaan negara luar serta Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin
May be an image of 9 people, dais and wedding

May be an image of 10 people, dais and text that says 'Aidilfitri Bersama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan nteri Kemajua esa dan Wilayah April 2023 Ahad Satria, Putraj H TAJD KAT MADAN MAL AY MADAN'

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 11 people and text

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 4 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS