Langkawi, 26 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini melawat beberapa ruang pameran yang disediakan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.
Yang turut hadir mengiringi beliau tadi ialah Timbalan Pengarah
Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah I
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Mohd Nasri Omar dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzzaman Abdullah.