Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

LIMA 2023: TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENUTUP DI MIEC

Langkawi, 27 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menghadiri Majlis Penutup Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Pameran bertaraf antarabangsa itu melabuhkan tirainya hari ini, setelah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bersama Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook pada 22 Mei lalu.
Polis Diraja Malaysia yang mengetuai Sekretariat Keselamatan LIMA 2023 telah menghantar kekuatan seramai 1,694 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk memastikan keselamatan awam dan kelancaran lalu lintas terkawal sepanjang pameran berlangsung.

LIMA yang diadakan setiap dua tahun sekali akan membuka semula tirainya menerusi edisi ke-17 pada tahun 2025 nanti.
Yang turut hadir dalam acara penutup tadi ialah bekas Perdana Menteri,Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan bersama isteri, Datin Seri Nor Adila Abdul Majid dan Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS