Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JIPS RAMAH MESRA DENGAN PELATIH KONSTABEL DALAM MAJLIS 'AFTER DINNER TALK'

Dungun, 27 Mei 2023 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad telah meluangkan masa bertemu dengan 292 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Lelaki Siri 10/2022, dalam Majlis ‘After Dinner Talk’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Dungun, di sini, kelmarin.

Dalam perjumpaan tersebut, Dato’ Sri Azri mengingatkan para pelatih untuk mempraktikkan budaya kerja yang berintegriti tinggi, menghindari perkara tidak bermoral dan sentiasa patuh kepada arahan serta kod etika yang telah ditetapkan pucuk pimpinan Pasukan.

Hadir sama, Ketua JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Azhari Zakaria dan pemangku Komandan PULAPOL Dungun, DSP Md Aruwan Md Amilah @ Harun.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS