Kuala Lumpur, 29 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima dua kunjungan hormat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Tan Sri Acryl Sani menerima kunjungan pertama daripada delegasi Financial Investigation Group Commercial Affairs Department,
Singapore Police Force (SPF) yang diketuai oleh Deputy Director, ACP
Shee Tek Tze untuk membincangkan mengenai kerjasama antara dua agensi penguatkuasa bagi memerangi sindiket jenayah penipuan.
Beliau seterusnya menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud bagi membincangkan isu berkaitan keselamatan negara.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri