Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2023

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani

Malaysia sememangnya unik dan terkenal sebagai sebuah negara yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Sungguhpun demikian, rakyat di negara ini saling bertoleransi dan bersatu hati dalam kumpulan masyarakat majmuk yang harmoni. Kita amat bertuah kerana berpeluang untuk meraikan sambutan perayaan pelbagai etnik bersama-sama tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang masing-masing.

Di kesempatan ini, saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) dan Hari Gawai kepada warga Polis Diraja Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Sesungguhnya perayaan ini merupakan medan terbaik untuk kita saling mengeratkan hubungan di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam apa jua situasi, Polis Diraja Malaysia akan kekal komited memastikan masyarakat dapat menjalani rutin kehidupan dengan rasa selamat dalam suasana negara yang aman.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of slow loris and text that says 'SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 'KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN' 31 MEI 2023 & HARI GAWAI 'GAYU GURU GERAI NYAMAI' 1JUN2023 1JUN Terbitan Polis Diraja Malaysia pdrmsia_ Konsep: Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRMsia_Official PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS