Rompin, 31 Mei 2023 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Pulau Tioman di sini, semalam.
Lawatan beliau yang disambut oleh Ketua
Polis Pahang, CP Dato’ Yahaya Othman itu bertujuan melawat fasiliti dan kerja naik taraf kuarters balai polis tersebut.
Dalam rangka lawatan itu, Dato’ Seri Sahabudin turut dibawa ke Pondok Polis Kampung Geting dan Kampung Mukut bagi meninjau prasarana di sana.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) JLog Bukit Aman, DCP Azizee Ismail, Ketua JLog Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintendan Paul Henry Mewar Singh dan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar.