Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR TAKLIMAT SISTEM PEMANTAUAN KESELAMATAN PRU DAN PRN KONTINJEN JOHOR

Johor Bahru, 31 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, pagi tadi.

Kehadiran beliau adalah bagi mendengar taklimat mengenai sistem pemantauan keselamatan yang digunakan oleh Kontinjen Johor semasa Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum tahun lalu yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat.

Dalam sesi taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Dato’ Kamarul turut memberi penerangan berkaitan penggunaan aplikasi telesidang oleh petugas di lapangan agar dapat memantau situasi secara langsung selain menunjukkan demonstrasi penggunaan aplikasi telesidang itu kepada Tan Sri Razarudin.

Hadir sama, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC M.V. Srikumar Madhavan Nair, barisan ketua jabatan Kontinjen Johor dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS