Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPDRM TERUS UNGGUL CATAT KEDUDUKAN KE-3 TERBAIK DALAM INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA.

Kuala Lumpur, 20 Jun 2023 - Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) terus menunjukkan prestasi yang baik apabila menaiki tangga ke-3 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia.

Perkara tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-88 KPDRM yang berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, di sini, pagi tadi.

Beliau yang juga selaku Timbalan Yang Dipertua KPDRM turut memaklumkan bahawa nilai keuntungan KPDRM selepas cukai bagi Kewangan tahun 2022 dan kadar dividen dengan nilai agihan berjumlah RM27.9 juta akan dikreditkan pada akaun anggota yang membuat simpanan bermula 23 Jun 2023.

Seusai mesyuarat berlangsung, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati merasmikan sistem baharu KPDRM yang dikenali sebagai “KPD Access”. Sistem baharu yang diperkenalkan ini merupakan sistem maklumat bersepadu KPDRM yang akan menggantikan Sistem ICIS dan EKOOPS bagi memudahkan pengguna berurusan dengan lebih efisien serta fleksibel.

Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah sesi Penyampaian Pampasan Takaful kepada waris Allahyarham ACP Rusli Abas dan Allahyarham Inspektor Mohamad Sabri Ayob, sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman Skim Takaful antara KPDRM dengan Etiqa Family Takaful Berhad serta sesi Penyampaian Anugerah Anggota.

Tidak ketinggalan Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua KPDRM, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkesempatan hadir dan meluangkan masa menyantuni warga KPDRM yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi KPDRM, pesara CP Dato' Hasanuddin Hassan dan barisan pengarah PDRM serta ahli-ahli KPDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Aizat Afiq Kamaruddin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of text

May be an image of ‎11 people, speaker, dais and ‎text that says '‎මత ה MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (mapT) KE 88 KOPERASI PDRM BERHAD 20 JUN 2023 (SEL LASA) Diras YDH nOleh: RIACRY BINHJ‎'‎‎

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 6 people, dais and text that says 'KOPERASI POLIS DIRAJA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (mapT) KE 88 ASI PDRM BERHAD 20 JUN 2023 (SELASA) Dirasmikan Oleh: TA RAZARU SM S.P.T.S.,D.J D.P. .P.S.P.P. MB HUSA D.K., P.N. DAPA IPERTUA BALAN'

May be an image of 15 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS