Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] OP LANCAR: RONDAAN POLIS TRAFIK DI LOKASI HOTSPOT ATASI KESESAKAN, NAHAS

Kuala Lumpur, 28 Jun 2023 - Kehadiran dan rondaan kerap oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota trafik di lapangan antara tindakan yang telah dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi melancarkan aliran trafik di kawasan panas kesesakan bermula semalam hingga Ahad ini.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim ketika dihubungi berkata, tumpuan diberikan di kawasan yang sering berlaku kesesakan di sebelah Pantai Timur dan utara Semenanjung.
“Kesesakan aliran kenderaan dikenalpasti berpunca dari aliran keluar kenderaan yang tinggi sempena cuti sekolah hari ini dan sambutan Hari Raya Aidiladha esok.
“Bagi memastikan trafik sentiasa lancar di kawasan-kawasan kesesakan itu, kita akan mempertingkatkan lagi elemen rondaan bermotosikal dan kehadiran anggota trafik untuk menyuraikan aliran trafik dan mengatasi kesesakan,” katanya hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://malaysiagazette.com/.../rondaan-polis-trafik-di.../


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS