Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM TUBUH TEAM BLACK MAMBA ATASI KESESAKAN JALAN RAYA

Shah Alam, 29 Jun 2023 - Berperanan untuk melancarkan aliran trafik di beberapa laluan utama antara matlamat Team Black Mamba yang ditubuhkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman pada Rabu.
Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, penubuhan pasukan itu rentetan sebagai usaha pihaknya dalam mengurangkan kesesakan sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.
"Team Black Mamba ini dijenamakan semula bagi Team Task Force JSPT yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi atau dikenali sebagai Skuad 42.
"Ia merupakan satu unit yang dilatih khas dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan pelbagai tugas melibatkan pelbagai elemen dalam JSPT," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab diberi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pdrm-tubuh-team-black...

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS