Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI YAYASAN PRIHATIN BEKAS 69 KOMANDO

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Prihatin Bekas 69 Komando yang diketuai oleh pengerusinya, pesara DCP Dato’ Azizan Abd Aziz di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
 
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu kebajikan veteran 69 Komando selain kerjasama dua hala antara PDRM bersama yayasan dalam mengadakan pelbagai program kebajikan yang melibatkan Pasukan.
 
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
 
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 2 orang, Pejabat Oval dan teks

Mungkin imej 11 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks yang berkata '7 RAZARUDIN'

Mungkin imej 1 orang, Pejabat Oval dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks yang berkata '@HAK MILIK PDRM'

Mungkin imej 7 orang dan teks


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS