Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 - Ugutan terhadap Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim adalah sahih dan tidak boleh dipandang remeh atau dilabel sebagai muslihat untuk kepentingan peribadi.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diangkat sendiri oleh beliau bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay serta
pengarah-pengarah jabatan di bawahnya.
Ancaman itu katanya, berpunca daripada kenyataan tegas dan lantang Perdana Menteri berhubung kekejaman Israel dan pemindahan paksa penduduk Palestin dari Gaza.
Tan Sri Razarudin tidak menolak kemungkinan PM sendiri mempunyai maklumat lebih lengkap mengenai ancaman sedemikian, namun ia tidak didedahkan bagi mengelak menyinggung perasaan negara yang berkongsi maklumat sensitif.
“Ugutan ini mungkin saya berpendapat dan kita akan tanya sahkan dengan maklumat pihak Cawangan Khas dan “counter part” di luar negara.
“Dalam keadaan politik sekarang, dalam keadaan negara sekarang, apa-apa maklumat tentang espionage ke dan keselamatan PM, tentang ekonomi ke, mungkin kita akan bercakap dengan cara tatap muka, kita tak akan guna telefon untuk jaga kerahsiaan.”
Perkara itu dimaklumkan beliau dalam wawancara khas dengan TV3 semalam.