Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke sesi Program Townhall "Working Together to Enhance Child Protection" di Auditorium, HELP University, Wisma CL, Damansara Heights, di sini, petang tadi.
Program anjuran
Yayasan Chow Kit itu turut menampilkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan
Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan selaku panel jemputan yang membicarakan mengenai keselamatan kanak-kanak dari kaca mata Polis Diraja Malaysia.
Penganjuran program ini adalah hasil daripada kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai keselamatan kanak-kanak di Malaysia.
Turut hadir, Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit, Dato' Dr. Hartini Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif HELP University, Dr. Goh Chee Leong dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Encik Mohd Ali Taib.