Kuala Lumpur, 30 November 2023 - Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.
Kunjungan beliau adalah bersempena lawatan kerja rasminya ke JPJKK Negeri Sembilan.
Hadir sama, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Mohd Nawawi Abdullah.