Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PDRM GERAKKAN 144 ASET, 750 ANGGOTA BANTU LIMA NEGERI TERJEJAS BANJIR - TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 29 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan 750 anggota dan 144 aset bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas dengan banjir, setakat semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada 144 aset yang digerakkan itu, 47 daripadanya adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van.

Lima negeri berkenaan adalah Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah.
"Setakat ini semua aset berkenaan berada dalam keadaan baik, tidak ditenggelami banjir," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS