Sepasukan boatman pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang bersama pasukan sahabat dari pelbagai agensi berganding bahu dalam menjayakan misi bantuan menyalurkan bekalan makanan kepada enam perkampungan orang asli di Kahang, Kluang, Johor, semalam.
Dalam misi ini, aset seperti bot telah digunakan memandangkan Perkampungan Orang Asli Sungai Peroh, Berasau dan Pucur tidak boleh dilalui menggunakan jalan darat disebabkan banjir.
Manakala, pengagihan bantuan juga turut diberikan kepada Perkampungan Orang Asli Sedohok, Kuala Sengka dan Air Pasir dengan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Batu 17 PPNJ, Kahang.