Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat yang diketuai oleh ketua polis daerahnya, ACP Amran Dolah bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Tumpat, Puan Norliza Husin telah turun padang salurkan bantuan di tiga perkampungan yang terjejas banjir iaitu Kampung Kubang Sawa, Kampung Teluk Jering dan Kampung Kuala Jambu, Tumpat, Kelantan.
Bantuan berupa bekalan makanan dan barang keperluan harian diagihkan kepada penduduk sekitar kampung yang memerlukan.