Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga terus giat membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di kediaman mereka, sekitar kampung daerah Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan akibat dinaiki air ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran.
Polis Diraja Malaysia mengingatkan masyarakat agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.