Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET BILANGAN 4/2024 BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KDN


Putrajaya, 31 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi di bawahnya.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut menyaksikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), KDN kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan diringi timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

MCBA merupakan satu agensi baharu yang ditubuhkan di bawah KDN untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan pertahanan serta keselamatan negara terutamanya di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia.

Pelantikan sulung Dato' Sri Hazani ke jawatan yang baharu diwujudkan itu atas kecemerlangan dan komitmen beliau selama ini dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam selain berpengalaman luas dalam undang-undang penguatkuasaan negara.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, wakil jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 7 people, people studying, table, newsroom and text

May be an image of 4 people, people studying, newsroom and text

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people, newsroom, dais and text

May be an image of 8 people, people studying, table and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'စ BAHAGIANAD'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS