Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OPBANJIR OP PASCA BANJIR: BATALION 9 PGA TERUSKAN KHIDMAT BAKTI BERSIHKAN SEKOLAH

Seramai dua pegawai bersama 40 anggota dari Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu yang diketuai Pegawai Pemerintah, Superintendan Mannadzar Hj Nasib hadir membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor Pasir Raja, Dungun, Terengganu semalam, selepas terkesan akibat bencana banjir.

Selain membersihkan peralatan dan kemudahan sekolah yang diselaputi lumpur, mereka turut membuang sampah-sarap di sekitar kawasan tersebut bagi keselesaan kepada para pelajar serta guru untuk memulakan kembali sesi persekolahan.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS