Ketibaan beliau di perkarangan IPD
Subang Jaya telah disambut oleh Pengarah JPJKK, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama Ketua
Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Balai Polis USJ 8.
Dalam program tersebut, Dato' Sri Ayob Khan telah menyampaikan amanat kepada para petugas MPV dan URB untuk terus melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berintegriti tinggi.
"Sebagai khalifah di muka ini, kita memegang sejumlah amanah dan tanggungjawab yang diperintah serta ditaklifkan kepada kita. Sesungguhnya kita dituntut untuk melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti.
"Walaupun dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki, jangan kita lena dan alpa untuk menunaikan ibadah wajib iaitu solat lima waktu kerana solat adalah tiang agama, ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau berasa bangga atas komitmen yang diberikan oleh para petugas kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri, demi tugas terutamanya yang akan bertugas di hari lebaran nanti dan beliau mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari marabahaya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Spanco Sdn. Bhd., Dato' Azman Hj. Idris.