Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Masjid Al-Amin, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Kuala Lumpur.
Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan biskut raya kepada 40 anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Ehsan
Al-Khairi serta menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih bersama warga Pasukan.
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial