Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: MISI BUNUH SETERU CUBAAN ALIH PERHATIAN, PDRM AWASI PROPAGANDA ISRAEL - KPN

Kuala Lumpur, 31 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari cubaan terbaharu media Israel memanipulasi penahanan lelaki disyaki ejen Israel dengan mengaitkan misi ke Malaysia untuk memusnahkan seteru dalam keluarga sebagai satu propaganda.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sebaliknya menegaskan, ia bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis secara mudah sehingga dibuktikan.
Malah, beliau berkata, ia boleh dianggap sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian mengenai sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini.
"Ya, kita maklum tentang penyiaran laporan media Israel yang mendakwa kehadiran suspek ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru di negara ini.

"Pada masa ini, siasatan PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah menjurus kepada semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, polis masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta bagaimana suspek mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru, selain faktor yang mungkin berkait dengan isu membabitkan Palestin dan Israel.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../eksklusif-misi-bunuh...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS