Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: KPN HADIR BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA SKUADMATE BELIAU YANG MENINGGAL DUNIA

 
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memberi penghormatan terakhir kepada skuadmate beliau, pesara polis, Allahyarham DSP Rahmat Zakaria yang meninggal dunia pada 30 Mac 2024 akibat kanser, di Surau Al-Ehsan Anjung Bemban, Batu Gajah, Perak.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Allahyarham yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, Perak meninggalkan seorang balu yang juga merupakan seorang Pegawai Kanan Polis.
Semoga pemergian Allahyarham DSP Rahmat Zakaria dalam bulan penuh kemuliaan ini diangkat darjat dan kedudukannya di sisi Allah SWT. Al-Fatihah.

Sumber: TikTok Tan Sri Razarudin Husain

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS