Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MUSLIM WORLD LEAGUE, ARAB SAUDI

Kuala Lumpur, 29 April 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dr. Abdul Qadir Ahmed Al Mashhor bersama delegasi Muslim World League, Arab Saudi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.

Turut serta bersama dalam delegasi tersebut ialah Pegawai Khas, Pejabat Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Syed Amru Syed Abdullah.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan rasmi tadi ialah berkenaan dengan Program "International Conference of Religious Leaders" serta Persidangan Majlis Ulama Asia yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mei 2024 di negara ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Zainudin Hj. Ahmad dan Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Mohamad Mashdik Yahya.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'BUKIT AMAN NSAKA MALAYSIA DIRAJA 快の味 gRO -'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and the Oval Office

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS